Friday, 28 September 2012

Petang Jumaat

Petang Jumaat...Seperti biasa suasana ofis kadang-kadang happening..kadang-kadang sunyi...
Petang ni suasana sunyi..kebanyakan staff lepak kat bilik tv tengok budget 2013..kebanyakan nya anak2 muda yang baru hendak memulakan kehidupan setelah habis belajar..kot2 ada terkena sikit tempias budget 2013 yang dibentangkan oleh PM yang disayangi...




Aku malas nak lepak dengan dieorang..banyak sangat buat komen susah nak dengar..lepak kat work station update blog yang dah lama tak dijenguk..esok beli je paper and baca kot2 ada yang best...

Semoga ada berita yang baik untuk pekerja swasta macam aku...







OrangYangHidup

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Datang Lagi!!!!


Jangan kata mufti aku pun sedih bila ada orang tanya macam tu..

So untuk mengelakkan pembaziran aku berikrar puasa tahun ini aku akan berjimat sehabis mungkin..

Walaupun setiap tahun memang aku takkan beli lauk kat bazar ramadhan aku akan cuba mengurangkan jumlah makanan semasa berbuka aku ngan suami aku berikrar kami akan minum fruit juice dan makan kuih sahaja..so perut tak lah terlalu kenyang and boleh terawih dengan senang hati....kalau tak lepas berbuka jer mau nyer nak berlingkau jer la...bila husband ajak pegi terawih start la bagi alasan penat lah sbb kat opis byk keje n balik terkejar-kejar nak masak..so this year takde alasan la...

Bila sahur jer aku akan bangun masak sebab siang tu aku kan nak pakai banyak tenaga..Al maklum lah kitakan bekerja... 

Maybe this year senang sikit la nak pergi terawih..Semoga impian aku tercapai!!!

Selamat Menjalani Ibadat Puasa!!!

Wassalam..

OrangYangHidup

Tuesday, 10 July 2012

Salahkah Aku!!!!!



Quote ini dipetik dari sebuah wall seorang rakan..memula rasa pelik sbb die datang dari sebuah keluarga yang baik dan kuat agama..


So apa lagi aku pun menyibuklah sikit... chat sekejap dengan die and bila dah tahu hujung pangkal aku nak lah story sikit kay korang..

Seorang rakannyer cuba untuk menjadi baik (dah dapat hidayah la ni) seorang yang muda dilahirkan dalam sebuah keluarga melayu islam..

Cuba menutup aurat sebaik mungkin tapi malangnya perubahannyer tidak diterima oleh keluarganya.. Ibubapanya tidak suka membaca status di facebooknya.

Die disindir oleh adik beradiknyer kerana twitnyer di twitter yang menyeru kita membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Kasihan melihat keadaannyer..Aku kat sini cuma  mampu mendoakan yang terbaik untuk die.
Semoga die istiqomah dengan perubahannya.

Wassalam..


Orang Yang Hidup

Yong Tau Foo, Kg Pandan

Hari Ahad sambil lepaking kat rumah dan menonton Jalan Jalan Cari Makan ada diantara kedai yang disiarkan pada hari tu agak mengancam jualannya.. Kedainyer adalah kedai Yong Tau Foo Kg. Pandan. So aku roger adik aku dan kitaorg terjah kedai tu time lunch. Wowww..jam baru kul 12.15 pm orang dah berpusu-pusu..


Aku pun join the crowd la..Kedai ni tak lah besar sgt..jenis kedai yang sempoi tepi-tepi rumah..kedai ni terletak berhampiran dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan..kalau korang nampak jer restoran tu korang terus kebelakang..agak penghujung jalan gak laaa...

Pilihan bahan-bahan yong tau foo agak banyak jugak lahh..masa ni pekerja die masih sibuk stock up bahan-bahan yong tau foo..


Kedai ni agak kelam kabut sikit sbb maybe sbb tempat memilih yong tau foo nyer kecik..untuk orang 1st time macam aku ni terjenguk-jenguk la sikit mana nak ambik pinggan mana nak beratur..rupa-rupanya tak payah beratur ko redah jer..halahai tauke kedai....kedai lu dah popular tau sbb dah masuk jjcm..so kasi sistematik sikit bley tak? bley kan?

Ini tauker dier....

So dalam keadaan yang agak kelam kabut aku ngan adik aku dah pilih makanan dan kami pun dengan kadar segera cari tempat dan duduk menjamu selera..Terpaksa makan cepat-cepat sebab tak tahan dalam keadaan kedai yang agak panas dan orang semakin ramai..Kami minum air asam boi dan sirap limau...dan rasa yong tau foo ni boleh tahan laa..aku prefer yong tau foo brader kat tepi pertama tu lagi sedap sbb sos die lagi pedas...


Selain daripada yong tau foo dieorang ade gak jual mihun sup ngan mee rebus..maybe petang ada jual nasi lemak kot sebab aku tengok mak dieorg tengah prepare bahan bahan untuk nasi lemak..

Harga boleh tahan..Adik aku bayar RM13.90 sahaja untuk makan lunch kitaorang untuk hari ni..

Kalau ade sesaper nak cuba pergi la kat Kg Pandan sana..

Selamat Menjamu Selera..

Wassalam..

OrangYangHidup..



Orang Dan Facebook

Pagi-pagi sampai ofis biasanya aku akan bukak pc pastu bukak outlook express and download email..sambil-sambil tunggu email di download as usual aku akan bukak fb..macam-macam citer la yang di post di wall..ada citer pasal breakfast, jalan jammed, kerja yang menanti..upload gambar breakfast dan perbincangan tentang sukan dan politik.

Aku mempunyai banyak juga kawan-kawan kat fb ni walaupun tak sebanyak orang lain tapi bak kata cikgu aku sekiranya sesuatu perkiraan melebihi dari satu itu bermakna ianya banyak. So macam-macam citer la yang aku baca..macam sekarang ni tengah popular orang menjual kuih al maklum la puasa dah dekat dan aku banyak gak dapat post-post dakwah ni..alhamdulillah bila dapat post-post yang macam ni niat nak menjadi baik berkobar-kobar tapi tu la godaan syaitan tu lagi kuat so slow sikit la nak jadi baik ni (ckp utk diri sendiri ni)..he he he..

Ada jugak orang yang suka meluah perasaan kat fb..perasaan marahkan boss (yang ni bahaya takut kantoi)..rakan sekerja..pada kerja..dan yang paling aku tak suka yang suka meluahkan perasaan mengenai pasangan masing-masing terutamanya yang dah kawin..halahaii bende-bende macam tu simpan sorang-sorang bley tak...tak baik la citer pasal pasangan masing-masing kat fb ni sebab semua kawan-kawan baca beb..

Nanti akan aku citer satu-satu perangai kawan-kawan aku yang suka bebeno meluah perasaan kat fb ni untuk menjadi iktibar untuk Orang Yang Hidup..


Wassalam..

OrangYangHidup

Orang Yang Hidup

Blog ni aku tulis sebab nak berkongsi kisah hidup tentang orang yang masih hidup.

Samada mengenai diri aku yang kadang-kadang ada niat nak menolong tapi asyik laaaa bertangguh-tangguh..kadang-kadang yang ada membuat silap tapi lambat nak mengaku or kadang-kadang tak nak mengaku langsung or diam-diam mengaku (hanya Allah yang tahu). Kalau boleh setiap hari aku cuba nak jadi insan yang sentiasa cuba memperbaiki diri, mendengar nasihat orang sepositif yang mungkin, mendengar kutukan dan fitnah dari orang sesabar yang boleh.

Dan blog ini juga cerita berkenaan kawan-kawan aku yang luarannya baik, kawan-kawan aku yang nampak luarannya baik tapi sebenar manusia yang suka menDAJALkan hidup orang..biasanya orang-orang macam ni mempunyai penyakit PHD dan insyaAllah akan penyakit itu hilang bila diaorang ni taubat nasuha dan aku akan sentiasa mendoakan mereka walaupun aku tau aku pun tak sesempurna mana.

Aku juga ingin bercerita tentang kawan-kawan aku yang luarannya nampak tak la vogue, tapi ini la orang-orang yang boleh diharap laaa. Kalau bab menderma memang serah kan kat dieorang ada je announcement dulu kendian keluar duit..tak banyak bunyi..

So insyaAllah akan ku cuba update blog ini dan akan cuba memberi iktibar pada diri aku untuk menghadapi hari yang mendatang...

Wassalam.....

OrangYangHidup