Pagi-pagi sampai ofis biasanya aku akan bukak pc pastu bukak outlook express and download email..sambil-sambil tunggu email di download as usual aku akan bukak fb..macam-macam citer la yang di post di wall..ada citer pasal breakfast, jalan jammed, kerja yang menanti..upload gambar breakfast dan perbincangan tentang sukan dan politik.
Aku mempunyai banyak juga kawan-kawan kat fb ni walaupun tak sebanyak orang lain tapi bak kata cikgu aku sekiranya sesuatu perkiraan melebihi dari satu itu bermakna ianya banyak. So macam-macam citer la yang aku baca..macam sekarang ni tengah popular orang menjual kuih al maklum la puasa dah dekat dan aku banyak gak dapat post-post dakwah ni..alhamdulillah bila dapat post-post yang macam ni niat nak menjadi baik berkobar-kobar tapi tu la godaan syaitan tu lagi kuat so slow sikit la nak jadi baik ni (ckp utk diri sendiri ni)..he he he..
Ada jugak orang yang suka meluah perasaan kat fb..perasaan marahkan boss (yang ni bahaya takut kantoi)..rakan sekerja..pada kerja..dan yang paling aku tak suka yang suka meluahkan perasaan mengenai pasangan masing-masing terutamanya yang dah kawin..halahaii bende-bende macam tu simpan sorang-sorang bley tak...tak baik la citer pasal pasangan masing-masing kat fb ni sebab semua kawan-kawan baca beb..
Nanti akan aku citer satu-satu perangai kawan-kawan aku yang suka bebeno meluah perasaan kat fb ni untuk menjadi iktibar untuk Orang Yang Hidup..
Wassalam..
OrangYangHidup
No comments:
Post a Comment