Hari Ahad sambil lepaking kat rumah dan menonton Jalan Jalan Cari Makan ada diantara kedai yang disiarkan pada hari tu agak mengancam jualannya.. Kedainyer adalah kedai Yong Tau Foo Kg. Pandan. So aku roger adik aku dan kitaorg terjah kedai tu time lunch. Wowww..jam baru kul 12.15 pm orang dah berpusu-pusu..
Aku pun join the crowd la..Kedai ni tak lah besar sgt..jenis kedai yang sempoi tepi-tepi rumah..kedai ni terletak berhampiran dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan..kalau korang nampak jer restoran tu korang terus kebelakang..agak penghujung jalan gak laaa...
Pilihan bahan-bahan yong tau foo agak banyak jugak lahh..masa ni pekerja die masih sibuk stock up bahan-bahan yong tau foo..
Kedai ni agak kelam kabut sikit sbb maybe sbb tempat memilih yong tau foo nyer kecik..untuk orang 1st time macam aku ni terjenguk-jenguk la sikit mana nak ambik pinggan mana nak beratur..rupa-rupanya tak payah beratur ko redah jer..halahai tauke kedai....kedai lu dah popular tau sbb dah masuk jjcm..so kasi sistematik sikit bley tak? bley kan?
Ini tauker dier....
So dalam keadaan yang agak kelam kabut aku ngan adik aku dah pilih makanan dan kami pun dengan kadar segera cari tempat dan duduk menjamu selera..Terpaksa makan cepat-cepat sebab tak tahan dalam keadaan kedai yang agak panas dan orang semakin ramai..Kami minum air asam boi dan sirap limau...dan rasa yong tau foo ni boleh tahan laa..aku prefer yong tau foo brader kat tepi pertama tu lagi sedap sbb sos die lagi pedas...
Selain daripada yong tau foo dieorang ade gak jual mihun sup ngan mee rebus..maybe petang ada jual nasi lemak kot sebab aku tengok mak dieorg tengah prepare bahan bahan untuk nasi lemak..
Harga boleh tahan..Adik aku bayar RM13.90 sahaja untuk makan lunch kitaorang untuk hari ni..
Kalau ade sesaper nak cuba pergi la kat Kg Pandan sana..
Selamat Menjamu Selera..
Wassalam..
OrangYangHidup..
No comments:
Post a Comment